Suatu perjalanan berani generasi Z dalam pentas luar biasa! Z Nati0n 2026: The Gen Z Concert bukan sekadar hiburan tetapi pentas anak muda mengekspresikan suara, bakat dan kuasa perubahan!
Z Nati0n terbentuk dengan gabungan tiga perkataan iaitu Z (generasi z), Nation (negara/bangsa) dan On (mula/pasti) membentuk satu jenama baharu muzik bagi tahun 2026. Konsert ini membuktikan kreativiti Gen Z mampu melangkaui had dan sempadan.
Pentas ini ialah manifesasi keberanian, kebebasan dan solidariti generasi digital. Melalui alunan melodi dan lirik bertenaga, konsert Z Nati0n 2026 : The Gen Z Concert mengangkat martabat serta potensi sebenar generasi muda masa kini.
Ismail Izzani, Iman Troye, Zynakal dan Aisha Retno bergabung dalam satu persembahan yang berkualiti tinggi. Suara Kita, Kuasa Kita: Gen Z bersatu di pentas utama. Ayuh gegarkan konsert ini dengan tenaga luar biasa generasi penentu masa hadapan.
Z Nati0n 2026 : The Gen Z Concert adalah anjuran Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA)

Concert Entry Guideline (Stay Tuned)
IMPORTANT NOTICE
Pemilihan seksyen/tempat duduk tidak tersedia. Tempat duduk akan ditetapkan berdasarkan kategori harga tiket dan kuantiti pembelian tiket secara first come first serve.
Pelepasan informasi untuk nombor tempat duduk tiket anda akan disediakan pada 11hb September 2026.
TERMA DAN SYARAT
1. Had umur minimum untuk masuk ialah 7 tahun dan ke atas. Semua pelanggan berumur 7 tahun ke atas mesti membeli tiket untuk masuk. Semua kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa.
2. Harga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tidak termasuk yuran tempahan RM4 setiap tiket dan yuran transaksi RM10. Semua yuran akan dikenakan 8% SST.
3. Setiap tiket hanya sah untuk seorang sahaja.
4. Nama dan nombor ID pembeli mesti sepadan sepenuhnya dengan dokumen pengenalan diri (MyKad untuk warganegara Malaysia / Pasport untuk bukan warganegara). Salinan asal ID diperlukan untuk pengesahan semasa penebusan tiket. Tiada sebarang pertukaran atau pemindahan dibenarkan selepas pembelian dibuat.
5. Tiket dikeluarkan dengan kod QR unik yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Kod tersebut akan diimbas di pintu masuk acara. Jangan kongsi atau siarkan e-tiket anda bagi mengelakkan penyalahgunaan atau penduaan.
6. Tiket yang hilang, dicuri atau disalahgunakan, termasuk yang digunakan oleh orang lain, tidak akan diganti atau dikeluarkan semula, walaupun dengan bukti pembelian. Pemegang tiket bertanggungjawab terhadap keselamatan tiket acara mereka.
7. Tiket tidak boleh ditukar, dibatalkan, atau dikembalikan wang selepas pembelian dibuat.
8. Pemegang tiket bertanggungjawab untuk menyemak tiket mereka dan memastikan tarikh serta masa acara, termasuk sebarang perubahan atau penjadualan semula.
9. Sila ambil perhatian bahawa masa persembahan artis mungkin berubah tanpa sebarang notis awal.
10. Sekiranya berlaku pembatalan rasmi acara, bayaran balik tiket tidak akan termasuk yuran tempahan, yuran pemprosesan, yuran transaksi, dan sebarang caj perkhidmatan yang berkaitan.
11. Fotografi profesional, rakaman video, live streaming, dan/atau sebarang bentuk rakaman adalah dilarang sama sekali semasa persembahan. Pihak pengurusan berhak mengarahkan keluar sesiapa yang didapati melanggar syarat ini dan pembeli tiket tidak akan dibenarkan masuk semula ke dalam dewan.
12. Penganjur acara berhak untuk membatalkan, menjadual semula, atau menukar lokasi acara, termasuk susunan tempat duduk sedia ada, disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka dan mengikut garis panduan semasa.
13. Pihak pengurusan konsert dan kakitangan acara berhak menolak kemasukan atau mengeluarkan mana-mana individu dari lokasi acara sekiranya menunjukkan tingkah laku tidak sopan atau melanggar terma dan syarat tempat atau tiket.
14. Bagi memastikan keselamatan, perlindungan dan keselesaan semua pengunjung, pihak penganjur/penganjur bersama/tempat acara berhak, atas budi bicara yang munasabah, untuk melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas individu, pakaian, beg, dan semua barangan lain semasa masuk dan keluar; merampas sebarang barangan yang boleh menimbulkan bahaya atau gangguan kepada acara atau pengunjung lain, atau yang melanggar Terma ini; dan/atau menolak kemasukan.
15. Untuk maklumat lanjut mengenai barangan yang dilarang, sila rujuk panduan acara.
16. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan/kecederaan semasa konsert disebabkan kecuaian sendiri atau tidak mematuhi peraturan.
17. Sekiranya terdapat sebarang masalah pada hari acara, sila hubungi kakitangan kami atau kunjungi kaunter Box Office untuk mendapatkan bantuan.
18. Semua terma dan syarat tempahan tiket serta acara lain yang berkaitan akan terus berkuat kuasa pada setiap masa.