To purchase Meet & Greet ticket, click here Meet & Greet 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu
Untuk membeli tiket Meet & Greet, klik di sini Meet & Greet 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu
Selepas lebih dua dekad, Adi Priyo bakal melepaskan tempatnya sebagai vokalis 6ixth Sense dan Konsert Tak Bisa Memilihmu bakal menjadi persembahan terakhirnya sebagai anggota 6ixth Sense.
Konsert ini adalah hadiah terakhir dari Adi untuk semua. Malam itu bukanlah satu konsert biasa, sekadar menonton aksi mereka di atas pentas tetapi malam itu bakal dipenuhi dengan keterujaan dan penuh emosi.
Nantikan lagu-lagu hits seperti "Tak Bisa Memilihmu", "Tanpa", "Yang Sempurnakanku" dan banyak lagi daripada Adi untuk kali terakhir.
Dapatkan tiket anda sekarang dan hadir bukan sebagai peminat tetapi sebagai ahli ke-enam untuk 6ixth Sense yang telah bersama mereka selama ini.

PERHATIAN
Maklumat tempat duduk akan dikeluarkan serta-merta. Sila log masuk ke akaun Fantopia anda (Web/Aplikasi) untuk mendapatkan kemas kini.
Seat information will be released immediately. Please log in to your Fantopia account (Web/App) for update.
Syarat kemasukan:
Zon Berdiri: Terbuka kepada hadirin berumur 12 tahun ke atas sahaja.
Zon Tempat Duduk: Umur minimum ialah 4 tahun (kanak-kanak di bawah umur 4 tahun sama sekali tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan).
Nota: Semua hadirin di bawah umur 18 tahun mesti ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang ibu bapa atau penjaga dewasa bagi setiap kemasukan.
Admission rules:
Standing Zone: Open to attendees aged 12 and above only.
Seated Zone: Minimum age is 4 years old (children under 4 are strictly not permitted into the hall).
Note: All attendees under 18 years old must be accompanied by at least one parent or adult guardian per entry.
Format tangkapan skrin atau imej bagi e-tiket TIDAK akan diterima untuk kemasukan.
Screenshot / image format of e-ticket(s) will NOT be accepted for admission.
TERMA DAN SYARAT
1. Harga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tidak termasuk caj pemprosesan sebanyak 3.5%.dan yuran tempahan RM6. Semua yuran akan dikenakan 8% SST.
Prices are in Ringgit Malaysia (MYR) and do not include the 3.5% processing fee and RM6 booking fee. All fees are subject to 8% SST.
2. Anda boleh membeli maksimum 10 tiket bagi setiap transaksi. Setiap tiket hanya sah untuk seorang sahaja.
You can purchase a maximum of 10 tickets per transaction. Each ticket admits only one person.
3.Tiket diperlukan untuk semua hadirin yang berumur 4 tahun ke atas.
A ticket is required for all attendees aged 4 or above.
4. Tiket dikeluarkan dengan kod QR unik yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Kod tersebut akan diimbas di pintu masuk acara. Jangan kongsi atau siarkan e-tiket anda bagi mengelakkan penyalahgunaan atau penduaan.
Tickets are issued with a unique QR code for single use only. The code will be scanned at the venue entrance. Do not share or post your e-ticket to avoid misuse or duplication.
5. Tiket yang hilang, dicuri atau disalahgunakan, termasuk yang digunakan oleh orang lain, tidak akan diganti atau dikeluarkan semula, walaupun dengan bukti pembelian. Pemegang tiket bertanggungjawab terhadap keselamatan tiket acara mereka.
Lost, stolen, or misused tickets, including those used by another attendee, will not be replaced or reissued, even with proof of purchase. Ticket holders are responsible for the safekeeping of their event tickets.
6. Tiket tidak boleh ditukar, dibatalkan, atau dikembalikan wang selepas pembelian dibuat.
Tickets cannot be exchanged, cancelled, or refunded after purchase.
7. Pemegang tiket bertanggungjawab untuk menyemak tiket mereka dan memastikan tarikh serta masa acara, termasuk sebarang perubahan atau penjadualan semula.
Ticket holders are responsible for verifying their ticket(s) and confirming the date and time of the event, including any changes or rescheduling.
8. Sila ambil perhatian bahawa masa persembahan artis mungkin berubah tanpa sebarang notis awal.
Please note that artist performance times may be adjusted without prior notification.
9. Sekiranya berlaku pembatalan rasmi acara, bayaran balik tiket tidak akan termasuk yuran tempahan, yuran pemprosesan, yuran transaksi, dan sebarang caj perkhidmatan yang berkaitan.
In the event of an official cancellation, the ticket refund will exclude the booking fee, processing fee, transaction fee and any applicable service charges.
10. Fotografi profesional, rakaman video, dan/atau sebarang bentuk rakaman adalah dilarang sama sekali semasa persembahan.
Professional photography, video recording, and/or any form of recording is strictly prohibited during this performance.
11. Penganjur acara berhak untuk membatalkan, menjadual semula, atau menukar lokasi acara, termasuk susunan tempat duduk sedia ada, disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka dan mengikut garis panduan semasa.
The event organizer reserves the right to cancel, reschedule, and/or relocate the event, including any current seating arrangements, due to unforeseen circumstances and in accordance with prevailing guidelines.
12. Penganjur acara dan kakitangan acara berhak untuk menolak kemasukan atau mengeluarkan dari lokasi acara mana-mana individu yang menunjukkan kelakuan tidak tertib atau melanggar terma dan syarat lokasi serta tiket.
The concert management and event staff reserve the right to refuse entry to, or expel from the venue, any person exhibiting unruly behavior or violating venue and ticketing terms and conditions.
13. Demi menjamin keselamatan dan keselesaan semua pengunjung, Penganjur Acara/promoter/pihak pengurusan lokasi berhak, mengikut budi bicara yang wajar, untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap individu, pakaian, beg, dan semua barangan lain semasa masuk dan keluar; merampas barangan yang mungkin mendatangkan bahaya atau gangguan kepada acara atau pengunjung lain, atau yang melanggar Terma-terma ini; dan/atau menolak kemasukan.
To facilitate the security, safety, and comfort of all patrons, the Event Organizer/promoter/venue reserves the right, at its reasonable discretion, to conduct security searches of persons, clothing, bags, and all other items upon entry and exit; to confiscate items that may cause danger or disruption to the event or other patrons, or that breach these Terms; and/or to refuse admission.
14. Untuk maklumat lanjut mengenai barang-barang yang dilarang, sila rujuk panduan acara.
For more information on restricted items, please refer to the event guide.
15. Jika terdapat sebarang masalah pada hari acara, sila hubungi kakitangan kami atau kunjungi Kaunter Tiket untuk mendapatkan bantuan.
If any issues arise on the day of the event, please contact our staff or visit the Box Office for assistance.
16. Semua terma dan syarat lain yang berkaitan dengan tempahan tiket dan acara kekal berkuat kuasa pada setiap masa.
All other applicable ticket booking and event terms and conditions remain in effect at all times.
Tiket tidak boleh dijual semula atau ditawarkan untuk jualan semula pada harga premium, dan tidak boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan, promosi, pertandingan, insentif perdagangan, atau sebarang tujuan komersial lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Penganjur Acara atau Ejen Tiket. Sebarang tiket yang dijual atau digunakan secara melanggar syarat-syarat ini boleh dibatalkan tanpa bayaran balik, dan pemegangnya mungkin tidak dibenarkan masuk. Penganjur Acara berhak untuk mengubah suai syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Sekiranya berlaku pertikaian, keputusan Penganjur Acara adalah muktamad.
Tickets may not be resold or offered for resale at a premium nor may they be used for advertising, promotions, competitions, trade incentives, or any other commercial purposes without prior written consent from the Event Organizer or Ticket Agent. Any ticket sold or used in violation of these terms may be cancelled without refund, and the holder may be denied entry. The Event Organizer reserves the right to modify these terms at any time without prior notice. In the event of a dispute, the Event Organizer’s decision is final.