
Concert Entry Guideline (Stay Tuned)
IMPORTANT NOTICE
1. Pemilihan seksyen/tempat duduk tidak tersedia. Setiap kategori tiket adalah Zon Tempat Duduk Bebas (free seating) berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
2. Kanak-kanak dari peringkat umur 7 tahun ke atas perlu mempunyai tiket yang sah untuk kemasukan. Semua kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun mesti ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang mempunyai ticket yang sah juga.
TERMS & CONDITIONS
1. Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tertakluk kepada caj pemprosesan sebanyak 6% (termasuk 8% SST).
2. Setiap tiket hanya sah untuk seorang sahaja.
3. Tiket dikeluarkan dengan kod QR unik yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Kod tersebut akan diimbas di pintu masuk acara. Jangan kongsi atau siarkan e-tiket anda bagi mengelakkan penyalahgunaan atau penduaan.
4. Tiket yang hilang, dicuri atau disalahgunakan, termasuk yang digunakan oleh orang lain, tidak akan diganti atau dikeluarkan semula, walaupun dengan bukti pembelian. Pemegang tiket bertanggungjawab terhadap keselamatan tiket acara mereka.
5. Tiket tidak boleh ditukar, dibatalkan, atau dikembalikan wang selepas pembelian dibuat.
6. Pemegang tiket bertanggungjawab untuk menyemak tiket mereka dan memastikan tarikh serta masa acara, termasuk sebarang perubahan atau penjadualan semula.
7. Sila ambil perhatian bahawa masa persembahan artis mungkin berubah tanpa sebarang notis awal.
8. Sekiranya berlaku pembatalan rasmi acara, bayaran balik tiket tidak akan termasuk yuran tempahan, yuran pemprosesan, yuran transaksi, dan sebarang caj perkhidmatan yang berkaitan.
9. Fotografi profesional, rakaman video, dan/atau sebarang bentuk rakaman adalah dilarang sama sekali semasa persembahan.
10. Penganjur acara berhak untuk membatalkan, menjadual semula, atau menukar lokasi acara, termasuk susunan tempat duduk sedia ada, disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka dan mengikut garis panduan semasa.
11. Pihak pengurusan konsert dan kakitangan acara berhak menolak kemasukan atau mengeluarkan mana-mana individu dari lokasi acara sekiranya menunjukkan tingkah laku tidak sopan atau melanggar terma dan syarat tempat atau tiket.
12. Bagi memastikan keselamatan, perlindungan dan keselesaan semua pengunjung, pihak penganjur/penganjur bersama/tempat acara berhak, atas budi bicara yang munasabah, untuk melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas individu, pakaian, beg, dan semua barangan lain semasa masuk dan keluar; merampas sebarang barangan yang boleh menimbulkan bahaya atau gangguan kepada acara atau pengunjung lain, atau yang melanggar Terma ini; dan/atau menolak kemasukan.
13. Untuk maklumat lanjut mengenai barangan yang dilarang, sila rujuk panduan acara.
14. Sekiranya terdapat sebarang masalah pada hari acara, sila hubungi kakitangan kami atau kunjungi kaunter Box Office untuk mendapatkan bantuan.
15. Semua terma dan syarat tempahan tiket serta acara lain yang berkaitan akan terus berkuat kuasa pada setiap masa.