
The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun menyatukan enam legenda komedi (Azlee Jaafar, Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Ilya Buang, Saiful Apek dan Yassin Yahya) bagi meraikan 30 tahun perjalanan Senariounion. Dianjurkan oleh Dreamscape Events dan diterbitkan oleh Kapla Entertainment, konsert eksklusif ini berlangsung pada 25 April 2026 di Idea Live Arena.
Konsert berskala mega ini membawa peminat kembali ke era emas komedi melalui gabungan nyanyian dan lawak santai, diiringi tujuh pemuzik dengan susunan muzik baharu oleh Chaan & The Leman Band. Ia juga sebagai penghormatan kepada legasi Senariounion yang sejak 1996 telah memberi impak besar melalui sitkom popular, filem box-office dan lagu ikonik.
Disokong oleh peminat pelbagai usia termasuk Gen-Z yang mengenali mereka melalui platform digital, The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun menjanjikan malam penuh nostalgia dan hiburan yang sukar dilupakan.
#Senariounion #TheLastKopek
Instagram:
@senariounion
@dreamscapeevents.my
@kaplaentertainment
Concert Entry Guideline (Updated by 24 April 2026)
IMPORTANT NOTICE
Pemilihan seksyen/tempat duduk tidak tersedia. Tempat duduk akan ditetapkan berdasarkan kategori harga tiket dan kuantiti pembelian tiket secara first come first serve.
Pelepasan informasi untuk nombor tempat duduk tiket anda akan disediakan pada 15th April 2026.
Tiket diperlukan untuk semua hadirin yang berumur 7 tahun ke atas.
TERMS & CONDITIONS
1. Harga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tidak termasuk caj pemprosesan sebanyak 3%.dan yuran tempahan RM4. Bermula daripada 01/01/2026, caj pemprosesesan dan yuran tempahan akan dikenakan 8% SST.
2. Setiap tiket hanya sah untuk seorang sahaja.
3. Nama dan nombor ID pembeli mesti sepadan sepenuhnya dengan dokumen pengenalan diri (MyKad untuk warganegara Malaysia / Pasport untuk bukan warganegara). Salinan asal ID diperlukan untuk pengesahan semasa penebusan tiket. Tiada sebarang pertukaran atau pemindahan dibenarkan selepas pembelian dibuat.
4. Tiket dikeluarkan dengan kod QR unik yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Kod tersebut akan diimbas di pintu masuk acara. Jangan kongsi atau siarkan e-tiket anda bagi mengelakkan penyalahgunaan atau penduaan.
5. Tiket yang hilang, dicuri atau disalahgunakan, termasuk yang digunakan oleh orang lain, tidak akan diganti atau dikeluarkan semula, walaupun dengan bukti pembelian. Pemegang tiket bertanggungjawab terhadap keselamatan tiket acara mereka.
6. Tiket tidak boleh ditukar, dibatalkan, atau dikembalikan wang selepas pembelian dibuat.
7. Pemegang tiket bertanggungjawab untuk menyemak tiket mereka dan memastikan tarikh serta masa acara, termasuk sebarang perubahan atau penjadualan semula.
8. Sila ambil perhatian bahawa masa persembahan artis mungkin berubah tanpa sebarang notis awal.
9. Sekiranya berlaku pembatalan rasmi acara, bayaran balik tiket tidak akan termasuk yuran tempahan, yuran pemprosesan, yuran transaksi, dan sebarang caj perkhidmatan yang berkaitan.
10. Fotografi profesional, rakaman video, dan/atau sebarang bentuk rakaman adalah dilarang sama sekali semasa persembahan.
11. Penganjur acara berhak untuk membatalkan, menjadual semula, atau menukar lokasi acara, termasuk susunan tempat duduk sedia ada, disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka dan mengikut garis panduan semasa.
12. Pihak pengurusan konsert dan kakitangan acara berhak menolak kemasukan atau mengeluarkan mana-mana individu dari lokasi acara sekiranya menunjukkan tingkah laku tidak sopan atau melanggar terma dan syarat tempat atau tiket.
13. Bagi memastikan keselamatan, perlindungan dan keselesaan semua pengunjung, pihak penganjur/penganjur bersama/tempat acara berhak, atas budi bicara yang munasabah, untuk melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas individu, pakaian, beg, dan semua barangan lain semasa masuk dan keluar; merampas sebarang barangan yang boleh menimbulkan bahaya atau gangguan kepada acara atau pengunjung lain, atau yang melanggar Terma ini; dan/atau menolak kemasukan.
14. Untuk maklumat lanjut mengenai barangan yang dilarang, sila rujuk panduan acara.
15. Sekiranya terdapat sebarang masalah pada hari acara, sila hubungi kakitangan kami atau kunjungi kaunter Box Office untuk mendapatkan bantuan.
16. Semua terma dan syarat tempahan tiket serta acara lain yang berkaitan akan terus berkuat kuasa pada setiap masa.
Minta perhatian kepada penonton yang akan hadir ke The Last Kopek Konsert Senariounion 30 Tahun 📣
1. Pintu akan dibuka bermula 6.30pm
2. Konsert akan bermula jam 8.30pm
3. Sila rujuk gambar untuk barangan larangan
4. Kemudahan asas - surau, tempat makan & tandas disediakan
Share juga pada kawan² yang lain bagi memudahkan perjalanan untuk ke Konsert nanti okay 😉




Nantikan penampilan istimewa gerangan si cantik manis Aina Abdul untuk Konsert Senariounion 25 April ni! 😍
Macam mana ek Joget Toleh Menoleh versi Senariounion X Aina Abdul? Confirm meriah ni! 🤩
