
Konsert UNGU“3 DASAWARSA” Special Night in Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 5 SEPTEMBER 2026 yang bakal dihadiri hampir 5000 peminat dari Semenanjung, Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Indonesia.Coms Creative Studio bersama rakan strategik DM Diamond Entertainment SDN Bhd telah merangka konsert mereka bertempat IDEA LIVE ARENA, PETALING JAYA, SELANGOR.
Sempena meraikan ulang tahun ke-30 UNGU, penganjur dengan bangganya mempelawa peminat mereka di Malaysia untuk berkunjung sebagai meraikan sambutan esklusif bersama peminat di Malaysia. Acara gemilang ini bakal turut disertai oleh artis-artis lokal sebagai strategi dalam menarik lebih ramai pembeli tiket seterusnya melibatkan beberapa organisasi seni persembahan menjana lebih banyak peluang ekonomi seperti pengangkutan, perhotelan dan peluang kerja mahir.
Disusun dalam 3 segmen berbeza, The Birth (Kelahiran/Permulaan), The Peak (Kemuncak), dan The Legacy (Legasi) — konsert ini menawarkan satu perjalanan yang intim dan penuh emosi antara UNGU bersama peminatnya, dengan persembahan yang di kurasi penuh terperinci. Konsert selama 2 jam ini juga bakal menghimpunkan peminat merentasi generasi dalam satu penghormatan yang penuh makna kepada penglibatan UNGU selama 30 tahun dalam industri muzik Malaysia.
Concert Entry Guideline (Stay Tuned)
IMPORTANT NOTICE
Pemilihan seksyen/tempat duduk tidak tersedia. Tempat duduk akan ditetapkan berdasarkan kategori harga tiket dan kuantiti pembelian tiket secara first come first serve.
Pelepasan informasi untuk nombor tempat duduk tiket anda akan disediakan pada 28th Ogos 2026.
Zon Berdiri : Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan wanita hamil tidak dibenarkan masuk.
Zon Duduk : Kanak-kanak dari semua peringkat umur perlu mempunyai tiket yang sah untuk kemasukan. Semua kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun mesti ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang mempunyai ticket yang sah juga.
TERMS & CONDITIONS
1. Harga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tidak termasuk caj pemprosesan sebanyak 3%. Caj pemprosesesan akan dikenakan 8% SST.
2. Setiap tiket hanya sah untuk seorang sahaja.
3. Nama dan nombor ID pembeli mesti sepadan sepenuhnya dengan dokumen pengenalan diri (MyKad untuk warganegara Malaysia / Pasport untuk bukan warganegara). Salinan asal ID diperlukan untuk pengesahan semasa penebusan tiket. Tiada sebarang pertukaran atau pemindahan dibenarkan selepas pembelian dibuat.
4. Tiket dikeluarkan dengan kod QR unik yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Kod tersebut akan diimbas di pintu masuk acara. Jangan kongsi atau siarkan e-tiket anda bagi mengelakkan penyalahgunaan atau penduaan.
5. Tiket yang hilang, dicuri atau disalahgunakan, termasuk yang digunakan oleh orang lain, tidak akan diganti atau dikeluarkan semula, walaupun dengan bukti pembelian. Pemegang tiket bertanggungjawab terhadap keselamatan tiket acara mereka.
6. Tiket tidak boleh ditukar, dibatalkan, atau dikembalikan wang selepas pembelian dibuat.
7. Pemegang tiket bertanggungjawab untuk menyemak tiket mereka dan memastikan tarikh serta masa acara, termasuk sebarang perubahan atau penjadualan semula.
8. Sila ambil perhatian bahawa masa persembahan artis mungkin berubah tanpa sebarang notis awal.
9. Sekiranya berlaku pembatalan rasmi acara, bayaran balik tiket tidak akan termasuk yuran tempahan, yuran pemprosesan, yuran transaksi, dan sebarang caj perkhidmatan yang berkaitan.
10. Fotografi profesional, rakaman video, dan/atau sebarang bentuk rakaman adalah dilarang sama sekali semasa persembahan.
11. Penganjur acara berhak untuk membatalkan, menjadual semula, atau menukar lokasi acara, termasuk susunan tempat duduk sedia ada, disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka dan mengikut garis panduan semasa.
12. Pihak pengurusan konsert dan kakitangan acara berhak menolak kemasukan atau mengeluarkan mana-mana individu dari lokasi acara sekiranya menunjukkan tingkah laku tidak sopan atau melanggar terma dan syarat tempat atau tiket.
13. Bagi memastikan keselamatan, perlindungan dan keselesaan semua pengunjung, pihak penganjur/penganjur bersama/tempat acara berhak, atas budi bicara yang munasabah, untuk melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas individu, pakaian, beg, dan semua barangan lain semasa masuk dan keluar; merampas sebarang barangan yang boleh menimbulkan bahaya atau gangguan kepada acara atau pengunjung lain, atau yang melanggar Terma ini; dan/atau menolak kemasukan.
14. Untuk maklumat lanjut mengenai barangan yang dilarang, sila rujuk panduan acara.
15. Sekiranya terdapat sebarang masalah pada hari acara, sila hubungi kakitangan kami atau kunjungi kaunter Box Office untuk mendapatkan bantuan.
16. Semua terma dan syarat tempahan tiket serta acara lain yang berkaitan akan terus berkuat kuasa pada setiap masa.